China, Jepun berebut bangunkan Bandar Malaysia

BANGI, 26 Syawal 1438H, Khamis – China dan Jepun dikatakan berebut untuk membangunkan Bandar Malaysia., lapor portal Malaysian Insight.

Ia menjadi rebutan kedua-dua negara itu bukan sekadar sekeping hartatanah yang paling mahal di negara ini, tetapi disebabkan juga peluang untuk membina terminal kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura.

Bandar Malaysia akan menjadi hab terminal menghubungkan landasan kereta api antara dua negara Asia itu.

Sumber kerajaan memberitahu portal online itu, Mitsui, Daiwa, China State Construction dan China Resources antara syarikat yang sudah menghantar tawaran untuk menjadi pemaju utama untuk Bandar Malaysia, sebagai respons kepada permintaan cadangan (RFP).

Tawaran mereka dikatakan melebihi AS$8 bilion (RM34.4 billion) berbanding perjanjian membangunkan Bandar Malaysia sebelum ini yang dibatalkan Kementerian Kewangan (MoF) selepas syarat tertentu tidak dipenuhi.

Meskipun pada awalnya, ia menarik minat syarikat China, namun kemasukan dua konglomerat Jepun mengejutkan, sekaligus menunjukkan wujud pemikiran di Tokyo yang syarikat mereka perlu terbabit dalam Bandar Malaysia untuk mendapat peluang membangunkan projek landasan kereta api laju.

Berdasarkan perkembangan terkini, Kerajaan Malaysia dijangka melantik pemaju utama hujung tahun ini yang mana semua perjanjian mungkn ditandatangani sebelum pilihan raya umum dijangka pertengahan 2018.

Sumber itu memberitahu lagi, alasan projek itu dilakukan dengan cepat adalah kerana berbilion ringgit yang diperoleh daripada penjualan hak pembangunan utama akan digunakan untuk membayar hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mei lalu, MoF membatalkan kontrak membangunkan Bandar Malaysia yang diberi kepada syarikat kerjasama China-Malaysia, Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation pada 2015.

Susulan pembatalan kontrak itu yang pada mulanya dibantah IWH-CREC, kerajaan memberi gambaran ia akan menandatangani kontrak dengan syarikat hartanah gergasi China, Dalian Wanda.

MoF kemudian membuat keputusan mengeluarkan permintaan cadangan dan mempelawa syarikat yang mampu mengendalikan projek, termasuk yang berjaya memperoleh pendapatan RM50 bilion dalam tempoh tiga tahun lalu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah, yang juga pengerusi 1MDB mengumumkan semalam tarikh akhir RFP ialah 20 Julai dan beberapa tawaran sudah pun diterima.

The post China, Jepun berebut bangunkan Bandar Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?