Guru berbakat penentu kejayaan pendidikan awal kanak-kanak

Gambar hiasan

TANJUNG MALIM, 28 Syawal 1438H, Sabtu – Bakat setiap individu yang bergelar guru merupakan faktor penting kepada kejayaan penyampaian ilmu terutama di peringkat pendidikan awal kanak-kanak, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata, perkembangan kesedaran di peringkat pengusaha pusat pendidikan kanak-kanak, tadika termasuk taska di negara ini menjadikan guru yang berbakat serta berkemahiran tinggi menjadi lebih signifikan.

“Kesedaran ibu bapa kepada keperluan persediaan anak-anak untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan fasa perkembangan seterusnya menjadikan guru yang bijak berinovasi dengan bakatnya, menjadi penting,” katanya ketika merasmikan Kongres Kebangsaan Guru-guru Tadika 2017 di Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Kamalanathan berkata bidang pendidikan merupakan aktiviti penting dalam menjayakan semua projek pembangunan termasuk ekonomi dan pembangunan sosial di negara ini.

Dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025, kepentingan dan peranan guru dalam pendidikan sejajar dengan matlamat pembangunan mampan dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu dasar futuristik bersifat holistik dan inklusif untuk generasi baharu, katanya.

“Trend pertumbuhan industri pendidikan sejak tiga tahun kebelakangan ini menunjukkan permintaan tinggi kepada tenaga pengajar profesional dan ia bukan sahaja kelulusan akademik semata-mata, malah melibatkan kepentingan potensi dan bakat guru pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Kongres dua hari itu danjurkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama ABS EDU Solutions Sdn Bhd dan Goldmind Evolutions Sdn Bhd.

Kongres yang disertai kira-kira 300 guru tadika, pengasuh dan pemilik tadika serta pelajar bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak itu merupakan inisiatif yang dilaksanakan sejak 2014 bagi mendapat maklumat terkini mengenai peluang serta ruang pembangunan profesional dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. – Bernama

The post Guru berbakat penentu kejayaan pendidikan awal kanak-kanak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?