Hadi Awang masih bercuti

PUTRAJAYA, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Sejak Dewan Rakyat bermula pada Isnin lalu, kelibat Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di Parlimen.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memaklumkan kepada pemberita, bahawa Abdul Hadi masih dalam tempoh berehat dan bercuti selepas dinasihatkan oleh doktor supaya berbuat demikian.

Pada 15 Mei lalu, beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani pembedahan injap jantung.

Bagaimanapun, pemimpin utama PAS itu sempat menghadiri dan berucap pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di Kelantan, minggu lalu.

Takiyuddin berkata, keadaan kesihatan Abdul Hadi kini semakin pulih, dan hanya akan ke Dewan Rakyat jika ia bertambah baik.

“Keadaan kesihatan beliau (Hadi) sudah baik. Tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil cuti panjang kira-kira dua bulan,” katanya.

The post Hadi Awang masih bercuti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?