Hukum sebat di khalayak bukan perkara baharu, sudah dilaksana di Tawau
GURUN, 21 Syawal 1438H, Sabtu – Pelaksanaan hukuman rotan atau sebat di khalayak ramai sebagaimana yang akan dikuat kuasa di Kelantan bukan suata perkara baharu.
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia sudah dilaksanakan di Tawau, Sabah sebelum ini, di mana pesalah dikenakan hukuman sebat di luar penjara.
Justeru, Jamil Khir berkata, tindakan yang diambil oleh Kelantan tidak seharusnya dipolemikkan oleh mana-mana pihak kerana ia bersesuaian dengan undang-undang Syariah.
Tegasnya, hukuman rotan di tempat awam sudah diluluskan di bawah pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 yang bermaksud ia tidak akan membabitkan orang bukan Islam.
“Hukuman dijalankan seperti bilangan sebatan tetap sama mengikut Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, namun satu-satunya perbezaan ialah tempat hukuman itu dijalankan ialah di luar penjara.
“Jangan jadikan hukuman sebat di tempat awam sebagai isu kerana hukuman ini bukan baharu dan Kelantan hanya meminda enakmen itu dari segi tempat di mana hukuman itu dijalankan,” katanya kepada pemberita, semalam.
The post Hukum sebat di khalayak bukan perkara baharu, sudah dilaksana di Tawau appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan