Isma sambut baik hasrat jadikan bahasa Melayu ‘lingua franca’ antarabangsa

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 3 Zulkaedah 1438H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menyambut baik hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan rasmi ASEAN, serta salah satu bahasa pengantara utama pada peringkat global menjelang tahun 2050.

Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, amat wajar Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan bangsa Melayu memainkan peranan utama dalam memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.

“Bahasa Melayu juga digunakan oleh lebih dari 250 juta penduduk dunia membuktikan bagaimana bahasa ini mampu untuk menjadi bahasa di peringkat antarabangsa

“Namun apa yang berlaku di negara ini ramai yang tidak peka akan kepentingan bahasa Melayu malah menganggap bahasa lain seperti bahasa Inggeris lebih utama dan lebih berstatus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Aminuddin membawa gesaan Isma supaya pihak berkuasa tempatan dan majlis perbandaran untuk segera mengambil tindakan selari dengan hasrat itu.

“Ianya supaya setiap papan tanda, nama-nama jalan, papan-papan iklan dan yang seumpamanya menggunakan bahasa Melayu,” katanya.

Selain itu, usaha ini juga perlu dijalankan di peringkat sekolah supaya setiap rakyat boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Malang sekali apabila kini ramai orang bukan Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu memandang hina akan bahasa kebangsaan ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan ketika merasmikan pertandingan akhir Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri 2017di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam semalam menyeru agar bahasa Melayu terus diperkasa sehingga mencapai tahap ‘supra-nasional’ dan bertaraf universal.

The post Isma sambut baik hasrat jadikan bahasa Melayu ‘lingua franca’ antarabangsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?