Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak kemuka pewartaan Kuala Sepetang kawasan wabak rabies

IPOH, 23 Syawal 1438H, Isnin – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak akan mendapatkan pewartaan dengan kadar segera daripada kerajaan negeri bagi mewartakan Kuala Sepetang, Taiping sebagai kawasan wabak anjing gila atau rabies.

Pengarahnya, Dr Fuziah Muhayat berkata, pewartaan itu akan dikemukakan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir esok dan dijangka ditandatangani pada hari sama.

Beliau berkata, langkah itu diambil berikutan pengesahan positif virus rabies yang diperolehi melalui ujian FAT (fluorescent-antibody test) dan PCR (plymerase chain reaction) terhadap sampel anjing yang dilaporkan, semalam.

“Kita telah maklumkan wabak ini kepada pihak berkuasa negeri dan akan mendapatkan pewartaan dengan kadar segera bagi mewartakan kawasan itu sebagai kawasan wabak rabies,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, pada 13 Julai lalu, jabatan itu menerima aduan daripada seorang penduduk beralamat di Kuala Sepetang memaklumkan anjing peliharaannya mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudara perempuannya.

Katanya, susulan aduan itu, jabatan melakukan pengambilan sampel karkas anjing itu untuk dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh.

“Keputusan ujian adalah positif, kawalan penyakit rabies kini dilaksanakan serta merta bermula hari ini antaranya membuat persampelan anjing terbiar di kawasan itu bagi mengenal pasti tahap penyebaran penyakit.

“Jabatan juga dalam perancangan pemvaksinan anjing bertuan dalam lingkungan 1 kilometer radius,” katanya.

The post Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak kemuka pewartaan Kuala Sepetang kawasan wabak rabies appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?