Kerajaan akan tubuh jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah

KOTA BHARU, 25 Syawal 1438H, Rabu – Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat kebangsaan bagi membincang usaha-usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu akan dipanjangkan ke Kabinet dan bakal diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelasnya, jawatankuasa berkenaan juga bakal dianggotai oleh semua pihak terbabit termasuk pemimpin-pemimpin politik.

“Usaha ini penting untuk mengharmonikan semula suasana agar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara terus didaulatkan dan kepentingan Islam terus terjaga tanpa menjejaskan hak serta kedudukan masyarakat bukan Islam,” katanya.

The post Kerajaan akan tubuh jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?