Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di Madinah

Sumber foto: Utusan

MADINAH, 30 Syawal 1438H, Isnin – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1438 Hijrah telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz pada pukul 9.36 pagi waktu tempatan.

Mereka tiba di Maktab Zon di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick pada pukul 1 petang waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin; Pesuruhjaya Perdagangan Konsulat Jeneral Malaysia-Jeddah, Khairul Annuar Abdul Halim, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438H, Nurrinanuwar Shamsuddin serta Konsul Haji, Mohammad Saimi Mat Som.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Mereka dijadual tiba dengan secara berperingkat bermula hari ini.

The post Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di Madinah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?