Kutipan tol elektronik sepenuhnya di LPT1 mulai 14 Ogos

KUANTAN, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Anih Berhad, pemegang Konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) kini dalam peringkat akhir persediaan untuk melaksanakan sepenuhnya Sistem Kutipan Tol Elektronik (ETC) di lebuh raya berkenaan bermula 14 Ogos ini.

Naib Presiden II dan Timbalan Ketua Pengurusan Tol Anih Berhad, Ismaliza Ibrahim berkata, secara keseluruhannhya kesemua 57 lorong di sembilan buah plaza tol di sepanjang LPT1 bermula dari Karak  (Km76.1) sehingga Jabor (Km250.6)  telahpun dilengkapi dengan sistem ETC.

Setakat bulan ini, pengunaan ETC di plaza tol di sepanjang LPT1 telah meningkat sehingga 80 peratus dan  kempen berterusan akan diadakan dilakukan untuk memastikan 20 peratus pengguna lebuh raya itu bersedia termasuk mempunyai kad Touch ‘n Go apabila sistem itu dilaksanakan kelak, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pengurus Operasi Anih Berhad, Md Izani @ Afzanizam Kasnin berkata syarikat itu menyediakan penjualan kad Touch ‘n Go Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan selain di kawasan rehat dan rawat (RSA) Genting Sempah.

“Selain itu kad turut dijual di Stesen Minyak Shell RSA Temerloh dan Stesen Minyak Petronas RSA Gambang di kedua-dua belah arah. Semua sembilan buah plaza tol yang berkenaan juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai,” katanya.

Beliau berkata, hasil tinjauan  mendapati segelintir pengguna  lebih gemar menggunakan transaksi secara tunai kerana  beranggapan baki duit dalam kad akan tamat tempoh dan hilang memandangkan mereka hanya menggunakannya sekali sekala sahaja.

“Tiada tarikh tamat tempoh terhadap baki nilai dalam kad Touch ‘n Go,” katanya.- Bernama

The post Kutipan tol elektronik sepenuhnya di LPT1 mulai 14 Ogos appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?