MRT laluan SBK percuma sehingga tengah malam ini
KUALA LUMPUR, 23 Syawal 1438H, Isnin – Penduduk di sekitar Lembah Klang akan menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Sungai Buloh – Kajang (SBK) secara percuma mulai jam 4 petang sehingga tengah malam hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena majlis pelancaran MRT Fasa Dua SBK, hari ini.
Potongan sebanyak 50 peratus juga akan diberikan kepada semua pengguna MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel bermula esok sehingga 31 Ogos ini.
Najib berkata, pemberian potongan itu adalah bagi menhargai semua pengguna selain menarik lebih ramai rakyat memanfaatkan kemudahan awam berkenaan.
“Kita membentuk masa depan negara. Inilah lambaran Malaysia akan datang.
“Ini adalah titik permulaan… Kalau rakyat memberikan keyakinan, apabila tiba masa nanti kita akan mencapai hasrat menjadi sebuah negara moden, maju, hebat dan cemerlang. Insya-Allah ia akan menjadi kenyataan,” katanya.
The post MRT laluan SBK percuma sehingga tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan