Nawaz Sharif lantik adik jadi PM Pakistan

ISLAMABAD, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Perdana Menteri yang disingkirkan, Nawaz Sharif menamakan adiknya Shahbaz sebagai pengganti, bagi memimpin Pakistan, selepas Mahkamah Agung negara itu memecatnya kerana berbohong mengenai perisytiharan kekayaannya.

Pada masa sama, beliau mencalonkan sekutu setianya Shahid Khaqan Abbasi sebagai Perdana Menteri sementara. 

Ini bagi membolehkan Shahbaz bertanding dalam pilihan raya Parlimen sebelum menduduki kerusi Perdana Menteri, 

Memberitahu pemimpin Partai Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang disiarkan menerusi televisyen di Islamabad, Nawaz berkata, beliau menerima keputusan mahkamah itu, tetapi tidak bersetuju dengannya.

Shahbaz Sharif sekarang ini adalah Ketua Menteri Punjab, wilayah paling ramai penduduk dan kubu kuat kuasa politik keluarga Nawaz, dan perlu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri sebelum bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen.

“Ia akan mengambil sedikit masa bagi Shahbaz dilantik, kira-kira 50 hari. Dalam tempoh peralihan itu, saya mencadangkan Shahid Khaqan Abbasi sebagai calon Perdana Menteri sementara,” kata Nawaz.

Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dijangka memanggil sidang Parlimen bagi melantik Shahid Khaqan ke jawatan itu.

PML-N menguasai majoriti selesa di Parlimen, dan pilihan raya itu dijangka dimenangi dengan mudah.

Kelmarin, Nawaz Sharif disingkirkan daripada jawatannya atas alasan tidak mengistiharkan peranannya dalam sebuah syarikat berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), di mana beliau dibayar gaji, dalam perisytiharan kekayaan pada 2013.

Beliau menolak semua dakwaan itu dan berkata, belum ada pendakwaan rasuah terhadapnya.

Nawaz Sharif, hari ini meletak jawatan selepas Mahkamah Agung menggugurkan kelayakannya daripada mengetuai kerajaan negara itu, berikutan dakwaan rasuah berikutan pendedahan ‘Panama Papers’.

Keputusan penting yang dibuat mahkamah hari ini, susulan beberapa bulan perbicaraan dalam kes yang muncul berikutan kebocoran ‘Panama Papers’, yang mengaitkannya dengan dakwaan rasuah selama dua penggal menduduki kerusi Perdana Menteri.

Lima hakim Mahkamah Agung mengumumkan keputusan itu di dalam kamar perbicaraan yang penuh sesak di Islamabad. – Agensi

Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan

 

The post Nawaz Sharif lantik adik jadi PM Pakistan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian