Pemuda Palestin mati kena tembak ketika tunjuk perasaan
JERUSALEM, 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Seorang pemuda berusia 25 tahun yang cedera parah dalam tunjuk perasaan di sekitar Masjid Al-Aqsa, menjadi warga Palestin kelima dibunuh askar rejim Zionis dan pendatang Yahudi dalam tempoh dua minggu ketegangan tercetus berikutan kawalan ketat yang dikenakan di masjid itu.
Muhammad Kanan, yang ditembak di kepalanya tiga hari lalu, meninggal dunia di sebuah hospital di Ramallah, Tebing Barat, malam tadi, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Muhammad Kanan sebelum itu menyertai ribuan warga Palestin berkumpul dan berarak di jalan raya di Hizma, tidak jauh dari Jerusalem, sebagai membantah langkah rejim Israel mengenakan kawalan ketat, termasuk memasang alat pengesan logam dan kamera di Masjid Al-Aqsa.
Perarakan itu berakhir dengan pertempuran dengan askar rejim Israel yang melepaskan tembakan, yang dilaporkan mengenai Muhammad Kanan.
Pada 20 dan 22 Julai lalu, empat warga Palestin terbunuh ketika bertempur dengan askar rejim kerana membantah tindakan Israel menguasai Masjid Al-Aqsa. – Agensi
The post Pemuda Palestin mati kena tembak ketika tunjuk perasaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan