Resolusi Ijtimak Antarabangsa malam ini

KOTA BHARU, 28 Syawal 1438H, Sabtu – PAS menjemput orang ramai menghadiri resolusi persidangan dakwah dan nadwa ulama program Ijtimak Antarabangsa Kelantan 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Acara kemuncak itu akan menampilkan ucapan pemimpin gerakan Islam peringkat dunia.

Majlis bermula jam 5 petang dengan acara santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan PU Akram.

Seusai solat maghrib, solat hajat, munajat dan solat Isya akan diadakan di padang stadium.

Sejurus selepas itu, acara kemuncak pidato perdana akan menampilkan wakil Hamas, Indonesia, Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan amanat akhir oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Sekretariat Pelaksanaan ijtimak, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyeru orang ramai untuk tidak melepaskan peluang dengan menghadiri program tersebut.

“Bukan mudah untuk menghimpunkan ulama dari seluruh dunia yang datang dari pelbagai warna kulit dan bangsa.

“Saya berharap rakyat Kelantan merebut peluang tersebut bagi mendengar sendiri isu yang berlaku di negara negara Islam sekarang.

“Kita juga boleh mendengar isu yang di Palestin di mana orang Islam dilarang menunaikan solat di Masjidil Aqsa yang akan disampaikan wakil Hamas,” katanya.

The post Resolusi Ijtimak Antarabangsa malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?