Setiausaha Agung PBB kutuk Korea Utara

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 11 Syawal 1438H, Rabu– Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata tindakan Korea Utara itu merupakan satu lagi pelanggaran terhadap resolusi Majlis Keselamatan serta membahayakan keadaan.

Guterres turut menggesa Korea Utara untuk memenuhi obligasi antarabangsa dan menghentikan segera sebarang tindakan provokatif.  

“Setiausaha Agung PBB juga menegaskan betapa pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menangani cabaran getir ini,” katanya.

Pyongyang mendakwa ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) semalam adalah yang pertama berjaya dilancarkan negara itu. – Bernama

 

The post Setiausaha Agung PBB kutuk Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian