SPRM serbu pejabat FIC

KUALA LUMPUR, 23 Syawal 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan ke atas pejabat Felda Investment Corporation (FIC), di sini.

Kelihatan beberapa pegawai berpakaian seragam badan antirasuah itu tiba di Balai Felda jam 10.20 pagi tadi dengan dua kenderaan berasingan.

Kedatangan mereka susulan penemuan maklumat baru yang diperoleh SPRM minggu lalu, berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh anak syarikat Felda itu antara tahun 2013 dan 2015.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan siasatan menyeluruh ke atas pembelian hartanah mewah, disyaki mempunyai unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Akhbar sebelum ini melaporkan FIC yang merupakan entiti pelaburan diwujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013 telah membeli sebuah hotel empat bintang bernilai £60 juta (RM330juta) di Kensington, London pada tahun 2014.

Hotel yang mempunyai 62 buah bilik dan dua unit pangsapuri mewah itu merupakan pelaburan ke-12 organisasi tersebut dalam perhotelan selepas Felda membelanjakan £98 juta (RM545 juta) pada 2013 untuk memiliki pangsapuri mewah di kawasan Bayswater juga di London.

The post SPRM serbu pejabat FIC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?