Tempoh 4 bulan PATI mohon E-Kad mencukupi: KDN

JOHOR BAHRU, 22 Syawal 1438H, Ahad – Tempoh yang diberikan kepada majikan untuk memohon kad sementara atau ‘enforcement card’ (E-Kad) yang membolehkan penggajian semula pekerja asing tanpa izin (PATI) adalah memadai.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, tempoh selama empat bulan itu memadai dan majikan yang menggunakan alasan tempoh pendaftaran E-Kad tidak mencukupi atau tidak mengetahui mengenai perkara itu, tidak boleh diterima sama sekali.

“Bila kita telah umumkan masanya adalah sehingga akhir bulan Jun, selepas itu (terpulang) pada dia (majikan) untuk ambil tanggungjawab. Sama ada dia cuai ataupun lewat (tiada alasan sebab), kita sudah banyak kali buat peringatan.

“Kita tidak hendak perkara jadi biasa kepada majikan untuk ambil pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya seperti permit kerja,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat di sini, hari ini.

Menurut Alwi, majikan yang masih menggaji pekerja PATI diminta menyerahkan mereka ke Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Kita sudah sebut banyak kali tiada tempoh lanjutan, maknanya mereka kena serah pekerja yang tanpa izin kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar balik,” kata beliau.

Bagaimanapun majikan masih boleh memohon pekerja asing secara sah menerusi atas talian. – Bernama

The post Tempoh 4 bulan PATI mohon E-Kad mencukupi: KDN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?