Warden ditahan terima suapan seludup barangan larangan untuk banduan

KANGAR, 3 Zulkaedah 1438H, Khamis – ‘Harapkan pegar, pegar makan padi’ apabila seorang warden Pusat Koreksional negeri di Guar Nangka di Arau ditahan kerana disyaki menerima suapan berbentuk wang tunai untuk membawa masuk barangan larangan kepada beberapa banduan di pusat tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di sini, menahan lelaki berusia 33 tahun itu semasa hadir memberi keterangan di pejabat kira-kira pukul 7 petang.

Pengarah SPRM negeri, Yaacop Angah ketika dihubungi media mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu disyaki menerima wang yang dimasukkan terus ke dalam akaun peribadinya, yang kesemuanya berjumlah RM3,300.

Kesemua wang yang berjumlah antara RM200 hingga RM1,500 itu dimasukkan melalui beberapa transaksi sepanjang Mac lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

The post Warden ditahan terima suapan seludup barangan larangan untuk banduan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?