Harga minyak naik lagi bagi dua minggu berturut-turut

KUALA LUMPUR, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Harga minyak naik lagi bagi dua minggu berturut-turut berkuat kuasa tengah malam ini hingga 9 Ogos.

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen kepada RM2.07 seliter dan RM2.32 seliter.

Manakala harga runcit bagi diesel pula naik kepada RM2.05 seliter.

Sebelum ini, bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos, harga runcit mingguan bagi RON95 mencatat kenaikan sebanyak 6 sen menjadikan ia RM2.03 seliter berbanding RM1.97, harga pada 20 Julai hingga 26 Julai.

Manakala bagi RON97 pula pada harga RM2.28 berbanding RM2.22 sebelumnya diikuti diesel pada harga RM1.99 seliter dengan kenaikan sebanyak 3 sen.

Harga minyak pada 20 hingga 26 Julai kekal mengikut harga mingguan sebelumnya.

Kali terakhir harga minyak mengalami penurunan adalah pada 29 Jun hingga 5 Julai dengan kadar penurunan sebanyak 7 sen.

The post Harga minyak naik lagi bagi dua minggu berturut-turut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian