Ibadah haji: Pastikan berurusan dengan TH, agensi berdaftar sahaja

KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Tabung Haji mengingatkan umat Islam supaya membuat urusan ibadat haji menerusi lembaga itu sendiri atau daripada 19 agensi pelancongan yang berdaftar sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) sahaja.

TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi mengelak pelbagai isu yang tidak diingini seperti ketiadaan visa sah, terkandas, tiada perumahan dan pengangkutan selain tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan serta rawatan disediakan TH.

“TH tidak pernah melantik mana-mana pihak, syarikat (selain PJH berdaftar) atau individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah, pihak ketiga atau agensi menguruskan hal haji.

“Sehubungan itu, TH menasihati orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak, syarikat (selain PJH) atau individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan perkhidmatan haji.

“TH berharap bakal jemaah yang terbabit dengan syarikat tidak diiktiraf atau PJH membuat laporan polis terhadap pihak berkaitan,” katanya.

Orang ramai boleh melawati laman sesawang TH, http://ift.tt/1ntZMcN untuk melihat senarai penuh PJH dan juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-62071919.

The post Ibadah haji: Pastikan berurusan dengan TH, agensi berdaftar sahaja appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian