Asas-asas halal

1. HALAL bermaksud yang dibenarkan (lawful, permissible). Ia mempunyai kaitan rapat dengan maksud Islam, iaitu penyerahan diri mutlak (total submission). Apabila Islam itu maksudnya menyerahkan diri, lahirlah konsep Halal, iaitu melakukan perkara yang dibenarkan, dan meninggalkan perkara yang dilarang. Itulah Muslim (orang yang menyerah diri).

2. Halal mesti digandingkan dengan satu kata kerja, baru Halal boleh berfungsi dan memberi makna. Hal ini kerana Halal adalah salah satu hukum Taklifi, maka Halal hanya berbicara dalam ruang lingkup perbuatan manusia. Jika anda ditanya, “Siput babi binatang Halal atau Haram?”, anda tak perlu jawab, kerana soalan itu sendiri salah. Tanya penyoal itu, “Halal apa? Halal makan, atau Halal pegang, atau Halal swafoto dengan siput babi?”. Kata kerja yang mungkin diguna untuk siput babi adalah makan dan pegang.

3. Menurut Mazhab Syafie, siput babi adalah haiwan yang haram dimakan kerana ia menjijikkan, tetapi siput babi bukan najis. Maka ia halal untuk dijadikan barangan kosmetik seperti face mask atau sapuan pada kulit. Sebab itulah saya kata Halal perlu kepada kata kerja.

4. Halal dan Haram bukan sekadar pelaris perniagaan. Ia adalah undang-undang semesta yang bertujuan memelihara kesejahteraan manusia. Sama seperti bulatan jalan raya (roundabout), di mana JKR membina bulatan, lalu meletakkan undang-undang bulatan. Undang-undang itu bukan saja-saja, tapi untuk memelihara pengguna dari kemalangan, menjaga kereta daripada rosak dan memastikan kelancaran trafik. Disebabkan JKR yang mencipta, maka JKR tahu apa undang-undang yang diperlukan.

5. Begitulah dunia ini. Allah menciptakan alam semesta, lalu Allah meletakkan undang-undangnya (Halal dan Haram). Disebabkan Allah pencipta, maka Allah Maha Tahu apa undang-undang yang diperlukan untuk memelihara kesejahteraan manusia. Allah memcipta babi, tapi Allah memerintahkan agar jauhi babi. Mungkin tujuan babi dicipta bukan untuk disantap manusia, tapi untuk disantap Pak Belang atau Singa di safari.

6. Halal dan Haram adalah cinta daripada Allah kepada kita. Inilah rahmat Islam kepada manusia. Justeru, makanan Halal bukan lagi Makanan Muslim, tapi “Makanan Berkualiti Tinggi Untuk Seluruh Umat Manusia”.

Pesanan: Saya selalu tanya peserta kursus halal saya tentang cara menggunakan roundabout dengan betul. 70% mereka memberi jawapan berlainan dari infografik JKR ini. Bahaya betul!

Ustaz Bilal Jailani, Ahli Majlis Ulama Isma (Muis)

The post Asas-asas halal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian