Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA akan Bergerak lebih Agresif
BANGI, 25 Nov – Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA (BKOM) akan memacu hala tuju media dengan lebih agresif pada tahun hadapan. Seramai 35 ahli jawatankuasa telah berkumpul dari serata Malaysia dalam permukiman tahunan bagi membincangkan hala tuju dan perancangan strategik media ISMA di masa akan datang.
Antara cawangan biro komunikasi dan multimedia yang hadir adalah BKOM Kuala Terengganu, BKOM Kota Bharu, BKOM Kuantan, BKOM Kuala Lumpur, BKOM Johor Bharu, BKOM Hulu Langat, BKOM Kajang, Bkom Alor Gajah, BKOM Melaka, BKOM Ipoh, BKOM Seberang Prai Utara, dan BKOM Samarahan.
Permukiman bermula dengan ucaptama daripada pengerusi biro, Dr. Norzila Baharin yang menekankan nilai penambahbaikan terhadap strategi media ISMA pada kali ini. Ahli biro juga digesa untuk bergerak lebih proaktif dan menanamkan semangat dan jiwa perjuangan ISMA di peringkat cawangan masing-masing. Beliau juga telah merasmikan logo terbaru BKOM, yang menampilkan unsur bumi dan piring pemancar, bersesuaian dengan fungsi BKOM sebagai medium penghubung pejuangan ISMA dengan masyarakat luar.
Permukiman kali ini juga menyaksikan penubuhan kelab multimedia ISMA yang lebih tersusun dan terancang iaitu GRAFIKA, kelab pereka grafik dan PIKSMA, kelab fotografi ISMA. Penubuhan dua kelab tersebut diyakini mampu membangunkan dan memajukan nilai kualiti media ISMA untuk diketengahkan ke dalam masyarakat.
Selain itu, perkongsian pengalaman dan latihan kewartawanan oleh Pengarang Kanan Ismaweb, Tuan Haji Razali telah dilaksanakan pada permukiman kali ini.
Majlis berakhir dengan sesi perbincangan dan interaktif antara ahli jawatankuasa tertinggi biro dan ketua peringkat cawangan untuk sebarang penambahbaikan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan