Hotel larang bertudung, disuruh pakai skirt mini: WAFIQ

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 28 Safar 1439H, Jumaat – Larangan bertudung dalam di sesetengah rangkaian hotel di negara ini tidak hanya dikenakan ke atas pekerja kaunter khidmat pelanggan (front desk) sahaja, malah turut membabitkan kakitangan bahagian pengurusan.

Mendedahkan perkara itu, Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, mengakui diskriminasi sedemikian bukan perkara baharu dalam sektor perhotelan.

Beliau turut menyifatkan bertudung, bukanlah masalah besar yang boleh menjejaskan tugas kakitangan khidmat pelanggan.

Katanya, WAFIQ menerima aduan daripada seorang kakitangan hotel yang berkhidmat di bahagian pengurusan, di mana tidak terikat dengan tugas kaunter depan, tetapi masih dikenakan polisi sama iaitu dilarang bertudung.

“Dan wanita-wanita ini telah pun merayu, membuat surat rayuan kepada majikan mereka, tetapi tidak diendahkan.

“Begitu juga beberapa pelajar yang melaporkan, telah menghantar permohonan menjalankan latihan industri, namun tidak diterima kerana bertudung.

“Malah, mereka diberi syarat jika ingin meneruskan latihan, perlu membuka tudung. Ada yang datang bertudung, tetapi pengurusan hotel minta mereka memakai mini skirt yang jelas bercanggah dengan penampilan sebagai wanita muslimah,” katanya dalam forum Sudut Pandang Larang Bertudung: Hak Asasi dan Diskriminasi Wanita Islam di sini, malam tadi.

Tegas beliau, tidak adil majikan meletakkan pekerja berkhidmat dalam keadaan tertekan dari sudut emosi, rohani dan juga gagal memenuhi hak asasi mereka.

Katanya, beliau tidak melihat sebarang alasan untuk menampilkan pekerja yang berketerampilan meskipun dalam keadaan bertudung.

“Jika perlu ada kod pakaian, terlalu banyak ciptaan tudung-tudung yang boleh memenuhi kehendak hotel-hotel sebegini.

“Saya nak maklumkan juga bahawa ketakutan pekerja wanita bertudung ini bukanlah baharu, bahkan dalam sektor kritikal seperti perubatan juga.

“Namun, apa yang saya boleh katakan bahawa bidang kritikal pun tiada masalah dengan pemakaian tudung, apatah lagi tugas di bahagian khidmat pelanggan,” katanya.

Gadis ini kongsi cerita dilarang bertudung untuk diterima bekerja

The post Hotel larang bertudung, disuruh pakai skirt mini: WAFIQ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian