Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Jeddah

RIYADH, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalam mengakibatkan banjir kilat di kebanyakan jalan di Jeddah sehingga mengganggu aliran trafik.

Menurut portal Saudi Gazette, pusat meteorologi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz turut dipanah petir sehingga menyebabkan sebahagian peralatannya rosak.

Bagaimanapun, pejabat berkenaan dilaporkan masih beroperasi seperti biasa.

Sementara Perhubungan Awam Lapangan Terbang Jeddah, Turki Al-Deeb berkata, setakat ini tiada sebarang gangguan penerbangan berlaku.

Namun, hanya lima penerbangan ditunda kerana setengah penumpang dan anak kapal tidak dapat sampai ke lapangan terbang pada masa ditetapkan.

Talian bantuan Kementerian Dalam Negeri menerima lebih 10,000 panggilan dengan kebanyakan pemanggil bertanyakan laluan alternatif dan keadaan cuaca semasa. – Agensi

The post Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Jeddah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian