Isma Hulu Langat Anjur Kejohanan Boling untuk Eratkan Ukhuwwah

oleh Nurul Husna binti Che Hamzah

KAJANG, 19 Nov- Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan untuk beribadah kepada Allah dengan sempurna, malah ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan menjalin ukhuwah yang lebih erat.

Begitu jelas Dr. Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita ISMA sewaktu merasmikan Kejohanan Boling anjuran Wanita ISMA cawangan Hulu Langat dan Beliawanis PEMBINA baru-baru ini.

Kejohanan boling yang mendapat penyertaan dari Wanita ISMA, kakitangan Hospital Az Zahra, belia dan komuniti muslimat dengan tema “Fit For Ummah” itu telah disertai oleh 10 kumpulan yang mewakili syukbah-syukbah (kawasan) ISMA Hulu Langat iaitu daripada Putra Mahkota, Sungai Tangkas, Bangi Sentral (Bangi Seksyen 6,7,8, dan Serdang), Bangi Seksyen 2,3,4 dan 5, dan Sepang. Selain itu, kejohanan ini juga menarik perhatian dari Shah Alam.

Terdapat juga penyertaan daripada kakitangan Hospital Az Zahra, belia dan komuniti muslimat di kawasan berhampiran. Kumpulan Az Zahrah telah memenangi tempat pertama dan menerima hadiah berupa wang tunai RM 300 beserta hamper manakala naib johan  dimenangi kumpulan Wirawati, wakil dari Seksyen 2,3,4 dan 5. Tempat ketiga pula diduduki oleh Muslimah Jenderam dari wakil Sepang. Saudari Nadia dari kumpulan Wirawati telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dengan jatuhan pin terbanyak.

Selain itu, syukbah Sepang telah dinobatkan sebagai syukbah terbaik kerana memenuhi syarat-syarat pertandingan iaitu berpakaian menutup aurat, semangat berpasukan yang tinggi dan pesertanya terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Kejohanan boling yang berlangsung pada 19 November lalu di Ampang Superbowl, Kompleks MetroPoint Kajang itu bukan sahaja dapat mempromosikan gaya hidup sihat dan ceria dalam kalangan muslimah malah dapat mengeratkan hubungan sesama ahli komuniti.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian