‘Jangan ceroboh kawasan pepasangan TNB’

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Orang ramai dilarang sama sekali menceroboh kawasan pepasangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk menara talian dan pencawangnya bagi mengelak risiko kemalangan elektrik.

Naib Presiden (Grid) TNB, Datuk Ho Peng Choong berkata, terdapat risiko renjatan serta pancaran arka daripada arus bervoltan tinggi yang boleh menyebabkan kecederaan serius dan kehilangan nyawa.

“Ia juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan gangguan bekalan kepada pengguna yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peringatan itu dikeluarkan susulan kejadian seorang lelaki dilaporkan memanjat menara talian penghantaran TNB di Bangsar beberapa hari lalu, untuk merakamkan swafoto bagi menyambut hari lahirnya.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan membawa peralatan panjang seperti galah di bawah talian atau memancing di kolam atau tasik di kawasan berdekatan talian atas bervoltan tinggi.

“Sebagai syarikat yang prihatin terhadap aspek keselamatan elektrik, TNB memohon kerjasama semua agar menjauhi kawasan TNB yang dipasang papan tanda kawasan larangan demi mengelakkan perkara tidak diingini,” katanya.- Bernama

The post ‘Jangan ceroboh kawasan pepasangan TNB’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian