Kaji sistem baru untuk AES kesan pemandu guna telefon bimbit

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Kementerian Pengangkutan akan mengkaji pemasangan teknologi baharu di setiap kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), bagi mengesan kesalahan pemandu yang menggunakan telefon bimbit.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pemasangan teknologi itu kelak akan meningkatkan lagi fungsi kamera AES sedia ada.

Katanya, ia sangat penting kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu antara penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.

“Kenapa masih ada pemandu yang berani menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah kerana mereka menyedari penguatkuasaan yang ada tidak cukup untuk mengesan kesalahan mereka.

“Oleh itu kamera AES dilihat mungkin boleh berperanan untuk mengatasi masalah ini. Makna kata, kaedah pengesanan kesalahan juga perlu dipermodenkan termasuk menggunakan kamera AES untuk mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Baru-baru ini Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid mencadangkan agar hukuman bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu perlu dipinda selari dengan perkembangan pesat penggunaan peranti itu termasuk aplikasi popular seperti WhatsApp.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, sememangnya pemasangan teknologi itu akan turut membantu untuk mengesan kesalahan pemanduan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Justeru, kementeriannya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengkaji perkara tersebut termasuk cadangan lain seperti meningkatkan kadar hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.

The post Kaji sistem baru untuk AES kesan pemandu guna telefon bimbit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian