Langkau ke kandungan utama

KB Isma Selangor bangkit benam PKNM FC dalam Selangor Social Premier League

KEPONG, 25 Nov – Selepas dikejutkan dengan jaringan penalti pada minit kelapan oleh pasukan PKNM FC yang disempurnakan oleh Ameerul, KB Isma Selangor membalas dengan empat jaringan, dua pada setiap separuh masa untuk membenam pasukan PKNM FC 4-1 di Padang FRIM, Kepong.

Ketiadaan dua penjaga gol utama jelas menjejaskan rentak permainan pasukan KB Isma Selangor  yang di kawal oleh penjaga gol jemputan, Fathullah. Mujurlah ketumpulan penyudah PKNM FC dan kekentalan benteng KB Isma Selangor menyelamatkan gawang pasukan daripada terus di bolosi seperti mana pada perlawanan kedua sebelum ini.

Bekas penyerang Akademi PKNS, Ammar Aiman membuka jaringan KB Isma Selangor pada minit ke-19, sebelum pemain sayap kiri Ameer memberi kelebihan 2-1 buat KB Isma Selangor menerusi gerakan pantas, 16 minit kemudian.

PKNM FC terus ditimpa malang apabila Ammar Aiman sekali lagi berjaya meloloskan diri menerusi satu larian pantas yang memerangkap pertahanan PKNM FC untuk gol ketiga KB Isma Selangor pada minit ke-52 yang merupakan gol kelima buat Ammar sepanjang kempen Selangor Social Premier League.

Gol terakhir dalam perlawanan tersebut di sumbangkan oleh Ameer yang menggelecek dua pertahanan PKNM FC sebelum menewaskan penjaga golnya hasil umpanan cantik Ammar dari sebelah kanan pintu gol pada minit ke 58.

“Saya rasa kami perlu menang kali ini dengan jaringan lebih besar namun ketumpulan barisan hadapan menidakkannya. Kami bermula dengan baik dan pemain pantas menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang becak.”

“Saya harap permainan kami dapat di perbaiki sebelum berjumpa pasukan pilihan Hypernova FT yang merupakan pendahulu liga saat ini pada perlawanan seterusnya,” kata penolong pengurus KB Isma Selangor, Mohd Hazwan.

Perlawanan turut di saksikan oleh bekas pemain kebangsaan, Azhar Sharif yang turut berada di padang untuk menilai prestasi pemain KB Isma Selangor dan berkongsi ilmu yang ada.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian