Kenapa kita diharamkan makan babi?

SEBAB PENGHARAMAN BABI

1. “Babi adalah haiwan yang amat menyerupai manusia dari sudut fisiologi”, kata seorang bekas professor UPM (bersara) dalam satu diskusi Halal kami pagi tadi.

2. Justeru, mereka yang makan babi berpotensi mengalami masalah hormon, kerana dalam babi ada hormon yang compatible dengan hormon manusia. Ketidak stabilan kandungan hormon dalam tubuh manusia boleh menjejaskan emosi, kelakuan dan lain-lain. Lebih kurang begitulah penerangan bekas professor itu.

3. Saya terpana. Tak sangka begitu dahsyat kesan memakan daging haram itu. Saya amat hargai ilmu sains yang beliau kongsikan kepada kami. Sebagai seorang pelajar aliran pengajian Islam, saya hanya tahu sebab pengharaman babi adalah ‘faktor kekotoran’, sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Maaidah ayat 145:

‎قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
(Rujuk Perkataan Rijsun & Fisqan)

4. Hari ini saya temui betapa indahnya syariat Allah SWT. Dan saya juga semakin memahami betapa indahnya nas Quran dan Hadis apabila ditemukan dengan bukti saintifik. Justeru, marilah bersama Islam yang benar dan indah ini. Saya yakin Islam mempunyai masa depan yang cerah.

P/s: Penting juga untuk kita faham, bahawa isu hormon akan kekal sebagai HIKMAH pensyariatan, manakala faktor kotor akan terus kekal sebagai SEBAB pensyariatan, kerana itulah yang disebut dalam Al-Quran.

Ustaz Bilal Jailani
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

The post Kenapa kita diharamkan makan babi? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian