Kerajaan cari langkah sesuai kurang impak jika harga minyak terus naik

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit produk RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter, secara berterusan selama tiga bulan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberi jaminan langkah yang akan diambil memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal dalam jangka masa sederhana serta panjang.

Menurut kementerian itu, penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilaksanakan dengan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kadar tukaran wang asing.

“Mekanisme penetapan adalah secara mingguan di mana purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia naik maka harga runcit produk petroleum turut naik, sebaliknya harga runcit akan berkurang jika harga minyak mentah dunia turun.

“Bagaimanapun, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas masak (LPG),” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini telah mencecah lebih USD60 (RM249.60)setong.

Jelas kementerian itu, kerajaan juga telah melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia.

“Langkah ini telah berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar,” katanya.

The post Kerajaan cari langkah sesuai kurang impak jika harga minyak terus naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian