Kit Siang, Guan Eng kekal dalam CEC DAP

SHAH ALAM, 24 Safar 1439H, Isnin – Pasangan ayah-anak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kekal menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas mendapat antara undi terbanyak dalam pemilihan semula jawatankuasa itu pada Kongres Khas DAP 2017 di sini, semalam.

Kit Siang yang merupakan pemimpin veteran DAP mendapat undi terbanyak iaitu 1,199 undi manakala Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti itu meraih 1,180 undi.

Turut kekal menganggotai CEC ialah anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang menerima undi kedua terbanyak iaitu 1,198, berbeza hanya satu undi daripada Kit Siang.

Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pemilihan semula parti itu, John Lau daripada firma audit bebas, Grant Thornton pada pukul 5 petang selepas berakhir proses pengiraan undi selama tiga jam.

“Sebanyak 1,346 kertas undi dikeluarkan. Bilangan kertas undi yang dikembalikan ialah 1,346 sementara 36 adalah undi rosak,” katanya ketika mengumumkan keputusan pemilihan semula CEC.

Grant Thornton yang berpangkalan di Amerika Syarikat dilantik oleh DAP untuk menguruskan pemilihan semula 20 anggota CEC dalam kalangan 62 calon yang bertanding.

Pada pemilihan semula hari ini, jumlah undi diperoleh Kit Siang, Guan Eng dan Gobind bagaimanapun berkurangan berbanding pemilihan semula pada 2013, dipercayai berpunca daripada kemerosotan kehadiran perwakilan iaitu seramai 1,356 orang berbanding 1,725 pada 2013.

Pemilihan semula kali ini turut menyaksikan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pandamaran Ronnie Liu kembali semula menganggotai CEC dengan memperoleh 688 undi.

Daripada enam pemimpin Melayu DAP yang bertanding bagi merebut jawatan CEC pula, hanya penolong setiausaha publisiti DAP, Zairil Khir Johari terpilih dengan memperoleh 649 undi.

Pemilihan semula itu dilakukan susulan surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Julai lepas yang mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarkan berikutan ROS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013. – Bernama

The post Kit Siang, Guan Eng kekal dalam CEC DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian