KRIM Samarahan Komited Sedarkan Remaja tentang Keburukan Zina
oleh Norlia binti Salleh
Kota Samarahan, 23 Nov- “Kami terpanggil untuk mengadakan seminar Say No To Zina kepada pelajar-pelajar kerana kami melihat isu ‘couple’ semakin membarah dalam kalangan pelajar. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan pelajar tentang keburukan hal ini,” Demikian kata Fadilah Rashidah bt Misrom, Pengarah program Say No To Zina ketika ditanya setelah program yang dijalankan selesai dilaksanakan.
Program Say No To Zina yang telah diadakan di SMK Sri Sadong, Simunjan baru-baru ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang bahaya zina kepada remaja dari aspek kesihatan, agama dan sosial. selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua yang hadir bahawa zina itu boleh dicegah dengan pelbagai cara.
Tambahnya lagi, remaja-remaja ini perlu diberikan peringatan dan panduan dengan kerap agar mereka sentiasa ingat dan tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial yang boleh memalukan diri dan keluarga.
Nur Nahdatul Nadia, Guru Kaunselor Smk Sri Sadong turut memuji usaha baik Kelab Remaja ISMA (KRIM) Samarahan atas pelaksanaan program yang bermanfaat kepada pelajar. Beliau turut berpesan agar program seperti ini dapat dijalankan di sekolah-sekolah lain agar mereka juga mendapat manfaat seperti pelajar disini.
Program yang telah dihadiri seramai 53 pelajar pasca PT3 ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan