Lagi kes berprifil tinggi disiasat: SPRM

KENINGAU, 23 Safar 1439H, Ahad – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya sedang menyiasat beberapa lagi kes rasuah dan salah guna kuasa, termasuk kes berprofil tinggi di negara ini.

Tanpa memberi butiran lanjut, Dzulkifli berkata, setiap minggu SPRM menyiasat kes-kes baharu selain beberapa kes yang sedang menunggu kebenaran  Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

“Kita tunggu lah…jadi orang tertanya-tanya…kalau saya dah bagi tahu, tak suspens…ini yang sebenarnya menjadi kegerunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah. Adakah mereka disiasat minggu hadapan atau bagaimana,” katanya kepada pemberita sempena Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 di sini, hari ini.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu.

Dzulkifli berkata, usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa yang dijalankan agensi itu bukan usaha eksklusif SPRM, sahaja tetapi usaha bersama melibatkan seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Dzulkifli, SPRM merupakan agensi kerajaan yang mewakili rakyat secara keseluruhan untuk memastikan jentera kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru, tegasnya, rakyat tidak perlu risau dan takut kerana yang menggeruni SPRM hanyalah mereka yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan tidak bermoral itu.

“Kita memberi jaminan kepada rakyat, bahawa SPRM akan bertindak bagi pihak rakyat…sekiranya terdapat pengkhianatan amanah rakyat tersebut, mengkhianati tugas dan tanggungjawab dengan terlibat rasuah dan salah guna kuasa, maka kami di SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan mengheret mereka ke muka pengadilan,” jelasnya.

Beliau mengajak rakyat di negara ini khususnya di negeri Sabah supaya bersatu untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan. – Bernama

The post Lagi kes berprifil tinggi disiasat: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian