Lima pekerja SESB melecur pencawang meletup, terbakar

KOTA KINABALU, 4 rabiulawal 1439H, Khamis – Lima pekerja Sabah Electricity Sdn Berhad (SESB) melecur 20 hingga 90 peratus selepas sebuah pencawang SESB Wawasan Plaza di di Api-Api Centre meletup dan terbakar malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 malam itu, kesemua mangsa yang berumur antara 25 hingga 65 tahun berkenaan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menerima rawatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati telah berlaku letupan disusuli dengan kebakaran mengakibatkan kerosakan pada pencawang dan mengakibatkan kecederaan lima pekerja SESB. Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan oleh pihak bomba,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Chandra punca kebakaran masih belum diperoleh dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah. – Bernama

The post Lima pekerja SESB melecur pencawang meletup, terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian