‘Najib, kamu patut takut’, kata Tun M

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja daripada berdepan kekalahan pada pilihan raya umum nanti, termasuk cuba menghalang permohonan pendaftaran Pakatan Harapan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerana takut dengan gabungan parti lawan, kelulusan untuk pendaftaran gabungan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak diberikan sehingga kini, meskipun setelah berbulan permohonan dibuat.

“Caranya mudah. Tidak lulus secara rasmi. Tidak tolak secara rasmi. Tetapi tidak beri jawapan samada lulus atau tidak. Hanya tidak jawab. Dalam pertimbangan. Belum lulus tidak berbeza dari tidak lulus.

“ROS tidak jawab surat. Tunggu Menteri. Menteri hilang. Ada tetapi tidak ada. Jadi tidak dapat jawab. Sebulan, dua bulan, suku tahun, setengah tahun. Tak jawab. Bukan tolak. Hanya tak jawab.

“Mungkin dilulus 5 minit sebelum bubar Parlimen,” tulisnya dalam entri terbaru di blog Chedet.cc, hari ini.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata, ketiadaan kenyataan jelas daripada RoS berhubung status permohonan Pakatan Harapan dilihat sebagai usaha untuk mengelirukan pengundi menjelang PRU14 nanti.

“Logo dan simbol tidak dikenali oleh orang ramai, oleh pengundi. Maka terkelirulah mereka bila mengundi. Kempen parti lawan bermasalah.

“Tak dapat adakan sepanduk, tak dapat adakan bendera, tak dapat pamer slogan, perkenal calon dan bermacam lagi. Harapan Najib pengundi tak dapat undi gabungan parti lawan. Harapan Najib BN tak kalah. Tetapi BN tetap kalah,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, rakyat mengetahui semua isu yang terpalit ke atas Najib termasuk penyelewengan dana 1MDB, RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.

“Mereka tahu semua. Awak boleh sogok tetapi sogokan tidak lagi berkesan. Mereka mahu Kerajaan baru. Dan ini mereka akan dapat dengan mengalahkan BN, UMNO dan Najib.

“Buatlah apa pun. Majoriti rakyat sudah pun putuskan. Najib akan disingkir. Derita mereka hanya dapat ditamatkan dengan memilih Pakatan Harapan. Najib! Kamu patut takut. Dosa kamu akan membawa kekalahan di dunia.

“Itulah nasib yang menunggu kamu.Ya, kamu patut takut. Bagi yang membuat dosa ada balasan lagi di akhirat,” katanya.

The post ‘Najib, kamu patut takut’, kata Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian