Pelarian Rohingya boleh tinggal, bekerja di Malaysia walaupun tak diberi status pelarian khas

Sumber foto: NSTP/Saifullizan Tamadi.

KUALA LUMPUR, 23 Safar 1439H, Isnin – Kerajaan tidak bercadang memberi status pelarian khas kepada pelarian etnik Rohingya.

Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, pelarian etnik Rohingya yang datang ke Malaysia telah diberikan kad pelarian oleh Pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui agensinya UNHCR.

“Pelarian etnik Rohingya di Malaysia walaupun tidak diberi status pelarian khas, mereka bebas dibenarkan tinggal di negara ini dan boleh bekerja untuk mendapatkan pendapatan.

“Setakat ini kerajaan tidak bercadang ke arah itu, walaupun begitu layanan Malaysia terhadap adalah baik dan istimewa,” katanya Shahidan menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen PKR Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar pada sesi pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menegaskan, pemegang kad pelarian UNHCR telah menerima keistimewaan di negara yang mereka mendapat perlindungan dan diberikan tempat tinggal dan makanan.

Shahidan berkata, kerajaan sentiasa bekerjasama dengan UNHCR untuk mengenal pasti dan mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mendakwa dirinya adalah etnik Rohingya.

“Kita sedang membuat ‘exchange letter’ dengan UNHCR yang dia kena bagi maklumat dan mesti bersama maklumat yang kita perolehi bagi mendapat jumlah sebenar pelarian Rohingya di Malaysia.

“Ada pihak mengambil cuba kesempatan untuk menjadi pelarian Rohingya, dan kita kena  mengenal pasti yang betul-betul etnik Rohingya. Muka sama tetapi bukan Rohingya,” katanya.

The post Pelarian Rohingya boleh tinggal, bekerja di Malaysia walaupun tak diberi status pelarian khas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian