Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan

PUTRAJAYA, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang diumumkan hari ini menimbulkan kebimbangan terhadap risiko obesiti dalam kalangan murid tahun enam apabila seramai 58,294 daripada mereka merekodkan Indeks Jisim Badan (BMI) berlebihan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin semasa membentangkan laporan PPSR yang pertama di sini hari ini berkata, seramai 56,584 murid pula dikategorikan sebagai berisiko berat badan berlebihan.

Katanya, isu itu perlu ditangani secara serius memandangkan angka itu adalah petunjuk yang boleh digunakan untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera pada masa akan datang.

“Obesiti bukan masalah sekolah, tetapi masalah masyarakat, sebab itu kita harus tangani secara bersama,” katanya pada sidang media PPSR 2017 di sini.

Beliau berkata, ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (Segak) yang dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos lepas pula menunjukkan 27,031 murid berada pada tahap kurang cergas dan 3,644 murid lagi berada pada tahap tidak cergas.

PPSR dilaksanakan merangkumi empat komponen bagi menilai kemenjadian murid iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR); pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum; serta pentaksiran psikometrik. -Bernama

 

The post Risiko obesiti murid sekolah rendah membimbangkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian