Sambutan luar biasa Kejohanan Bola Jaring Wanita Islam 2017

KERAMAT, 1 Nov – Buat julung-julung kalinya Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Gombak dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Gombak dan I-Medik telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Wanita Islam 2017 di Kompleks Majlis Sukan Negara, di sini pada 30 oktober yang lalu.

Sebanyak 12 pasukan daripada pelbagai lapisan umur berentap dalam kejohanan kali ini bagi merebut hadiah lumayan bernilai RM300.

Ketua Wanita Isma, Dr Norsaleha Mohd. Salleh ketika berucap di perasmian Kejohanan Bola Jaring Wanita Islam 2017 di sini berkata kejohanan ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah dan hubungan silaturahim sesama masyarakat malah turut melatih wanita Islam menjadi wanita yang cergas dan berketerampilan.

“Selain bersukan, sangat penting untuk wanita mengamalkan pengambilan makanan yang sihat “, tambahnya lagi.

Pada kejohanan bola jaring edisi pertama ini, pasukan IIUM Mustard telah muncul sebagai juara manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh FRIM dan Silver Zenith.

Kejohanan ini turut mendapat respon dan maklum balas yang memberangsangkan daripada para peserta yang menggalakkan kejohanan seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang dan menyatakan hasrat untuk turut serta sekiranya diadakan lagi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian pada hari ini serta pihak penganjur yang bertungkus lumus menganjurkan kejohanan ini”, kata Dr Norsaleha.

Berhubung kejohanan yang mendapat sambutan hangat seperti ini, Wanita Isma juga turut mengadakan kejohanan sukan di cawangan Isma di seluruh negara pada hari yang sama.

Disediakan oleh

Dr Farah Ghazali

Wartawan Wanita Isma Gombak

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian