Tembak babi kena orang

MELAKA, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Seorang peniaga kedai runcit ditahan kerana melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam di Kampung Seri Mendapat, Jasin dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, lelaki berusia 50 tahun itu menyebabkan seorang lelaki berusia 35 tahun cedera di tapak kaki kiri akibat terkena tembakan dalam kejadian, kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, sebelum kejadian peniaga yang tinggal di Taman Maju di sini mendakwa beliau melepaskan tembakan ke arah seekor babi hutan yang melintas jalan sebelum peluru berkenaan tersasar lalu mengenai kaki mangsa.

Polis dimaklumkan kejadian berkenaan daripada pihak Hospital Jasin yang merawat pesakit, kira-kira jam 4 petang.

Susulan laporan berkenaan, pemilik senjata api berlesen itu ditahan dan selaras senapang dan empat butir peluru dirampas, sejam kemudian di rumah suspek, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Asnorizan Azhar dari Felda Seri Mendapat di sini berada dalam keadaan stabil selepas sebutir peluru dikeluarkan daripada kaki mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjatapi 1960. – Bernama

The post Tembak babi kena orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian