Tembok khurafat UMNO mesti dirobohkan: PAS

BANGI, 29 Safar 1439H, Sabtu – Tembok khurafat yang mengatakan hanya UMNO sahaja boleh menjaga Melayu, perlu dirobohkan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Sebaliknya beliau berkata, PAS juga sebuah parti yang mampu menjaga Melayu yang menjadi teras politik negara dan bangsa Melayu hanya boleh diselamatkan dengan Islam.

“Teras politik Malaysia ialah Melayu. Tembok khurafat hanya Umno sahaja yang boleh jaga Melayu perlu diroboh. Mesti yakinkan bahawa PAS mampu menjaga Melayu. Oleh itu, isu yang mengguris perasaan orang Melayu perlu dielakkan. Kena maklumkan bahawa Melayu boleh diselamatkan dengan Islam.

“Pengundi bukan Melayu terutama Cina, mereka tidak ada parti. Pola undi mereka lebih kepada arahan Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pendidikan. NGO inilah yang berperanan menentu kepada mana-mana sokongan. Tumpuan lebih mereka ialah kepada ekonomi.

“Orang Cina marah kepada BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kerana kos sara hidup yang meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, pilihan raya umum (PRU) semakin hampir dan semua pihak memerlukan jentera yang kuat.

“PRU sudah tidak lama lagi. Ia menjadi tanda tanya dan teka teki. Inilah hebatnya negara yang merdeka lebih 60 tahun tetapi tarikh pilihan raya menjadi rahsia. Diandaikan pilihan raya dalam bulan Mac 2018, bermakna masa hanya tinggal 14 kali Jumaat lagi.

“Ertinya bukan lama mana dah pilihan raya akan berlangsung. Pejam celik, pejam celik sampailah waktu dan ketikanya.

“Pilihan raya memerlukan jentera yang kuat. PAS sebagai sebuah parti Islam dan pembangkang sudah tentu memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dan pimpinan. PAS bukan ada 3M (money, media, machinery) seperti yang dimiliki oleh Umno BN. Tetapi PAS ada ahli yang komited dan ikhlas,” katanya.

Ustaz Idris berkata, untuk berdepan PRU juga tidak cukup hanya menjadi hero di media masa, sebaliknya pengundi yang buta maklumat yang hanya bergantung kepada media konvensional, perlu ditangani.

“Pengundi perlu disantuni untuk bersama dengan PAS. Kena mengetahui pantang larang. Sosial budaya pengundi berbeza antara satu bangsa dan kaum. Pengundi bandar dan kampung juga berbeza antara satu sama lain. Latar belakang pendidikan juga berbeza mempengaruhi pola pengundi,” katanya.

The post Tembok khurafat UMNO mesti dirobohkan: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian