Tujuh daripada 10 kanak-kanak Malaysia bimbang masalah buli

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kajian menunjukkan tujuh daripada 10 kanak-kanak di negara ini menyatakan kebimbangan mengenai masalah buli.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam kajiannya sempena #HariKanakKanakSedunia itu, menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sangat bimbang mengenai isu-isu global yang lain seperti keganasan terhadap kanak-kanak (64 peratus) dan keganasan (60 peratus).

Sementara isu utama untuk pemimpin dunia memberi tumpuan ialah pendidikan untuk golongan miskin (17 peratus), kemiskinan dan keganasan (15 peratus).

Wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-Hattingh berkata, kajian terbabit dijalankan ke atas hampir 11,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia sembilan sehingga 18 tahun daripada 14 negara termasuk Malaysia, Brazil, Mesir, India, Turki dan Amerika Syarikat.

Katanya, kajian itu menunjukkan kanak-kanak negara ini turut menunjukkan keprihatinan terhadap rakan sebaya mengenai isu global antaranya pendidikan membabitkan golongan miskin.

“Kanak-kanak di negara ini mengambil berat akan isu semasa, selain mengambil berat perkara membabitkan rakan seusia mereka di seluruh dunia.

“Saya dapati kanak-kanak di negara ini menunjukkan keprihatinan terhadap isu buli yang semakin berleluasa. Mereka mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan lebih serius untuk mengatasi masalah diketengahkan,” katanya yang dipetik daripada portal tempatan.

The post Tujuh daripada 10 kanak-kanak Malaysia bimbang masalah buli appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian