Aku Guru Itu

Guru
Engkau ialah insan biasa
Yang berupaya menjadi luar biasa
Kerana
Engkaulah ibu
Engkaulah ayah
Engkaulah kakak
Engkaulah abang
Engkaulah sahabat
Engkaulah pembimbing
Semua insan di luar sana.

Guru
Engkau berpeluang mengutip banyaknya pahala
Melalui pelbagai pelaburan buat anak bangsa
Wang, masa, tenaga, pegorbanan, ilmu yang engkau laburkan bukanlah sia-sia
Namun ada syaratnya
Ikhlaskan hatimu menempuh segala kepayahan mendidik anak watan hari ini
Dengan bebanan dan lambakan tugas yang telah dirancang teliti
Jangan engkau hanyut dengan agenda-agenda itu
Jelas mana tugasmu yang paling perlu

Guru
Anak-anak hari ini bukanlah seperti dulu
Dari rumah telah dididik dengan akhlak terpuji
Hadirnya ke sekolah menyenangkan hati
Hormatnya kepada guru sangatlah tinggi
Melemparkan senyum, menghulurkan bantuan, mengucapkan salam
Semua dilakukan dengan rela hati

Tetapi guru
Anak-anak hari ini sebahagiannya datang dengan perangai menjengkelkan hati
Malas, biadab, suka menjawab dan pelbagai lagi
Tambahan pula bila tidak boleh disentuh untuk memperbaiki
Akan ada yang datang menyerang, memaki hamun, siap membawa pihak berkuasa untuk menyaman dirimu

Namun guru
Inilah realiti dunia kerjayamu hari ini
Terpaksa memendam rasa
Menahan telinga dengan ungkapan keji
Berpenat lelah menyelesaikan tugasan itu ini
Meninggalkan keluarga demi amanah yang diberi
Mengharap rezeki diredai Ilahi

Tidak mengapa wahai guru
Sedarlah bahawa
Apa pun cabaran yang engkau tempuhi
Telah disusun cantik oleh yang Maha Memberi
Dia memilihmu bukanlah saja-saja
Yakinlah dirimu mampu membentuk manusia yang kelak menjadi manusia
Pemimpin agama, negara dan bangsa.

Daripada keupayaan dan jerih peritmulah
Lahirnya doktor, ustaz, profesor, peguam, arkitek, polis, saintis, angkasawan, peniaga, pensyarah dan segala-galanya

Ayuh GURU
Terus berpegang dengan kesabaran
Terus erat dengan ketabahan
Terus kuat dengan kemahuan
Inilah dirimu
Inilah jalanmu
Inilah kelebihanmu
Kenang kembali niatmu
Mendidik anak-anak hari ini dengan ilmu dua dunia
Yang sementara juga selamanya
Dengan impian melahirkan penghuni syurga
Yang kelak mampu menarik dirimu bersamanya

Sememangnya sukar pada abad ini
Namun kebergantungan kepada Ilahi
Tiada yang mustahil untuk diperolehi

Nukilan: Norleyana Yahya

Aktivis i-Guru Isma Johor Bahru

3 Disember 2017

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian