Amaran angin kencang, ribut

KUALA LUMPUR, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Jabatan Meteorologi memberi amaran angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) berlaku sehingga Khamis ini.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata kenyataan itu.

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, timur laut Tioman, utara Bunguran, utara Reef South, Labuan & Palawan juga sehingga Khamis.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Manakala, ribut petir juga di perairan Reef South dan Sulu dijangka berterusan sehingga awal petang hari ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

The post Amaran angin kencang, ribut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian