Amaran angin kencang Sabtu hingga Rabu

BANGI 8 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur bermula Sabtu hingga Rabu.

Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) itu disertai ombak yang mampu mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula dalam tempoh yang sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang kategori kedua di kawasan perairan timur laut Condore, utara Reef dan barat laut Palawan

Keadaan tersebut berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

The post Amaran angin kencang Sabtu hingga Rabu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian