Arab Saudi, UAE tubuh pakatan berasingan daripada Majlis Kerjasama Teluk

DUBAI, 17 rabiulawal 1439H, Rabu – Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menubuhkan satu pakatan tentera dan dagangan baharu, berasingan daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC), kata kenyataan dikeluarkan UAE, hari ini.

Penubuhan pakatan baharu itu muncul di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di kalangan anggota GCC, pakatan politik dan ekonomi enam negara Teluk – Qatar, Bahrain, Arab Saudi, UAE, Kuwait dan Oman.

Menurut kenyataan Kementerian Luar UAE, jawatankuasa pakatan baharu itu diarahkan untuk bekerjasama dan menyelaras ketenteraan, politik, ekonomi, perdagangan dan budaya serta lain-lain yang berkepentingan untuk kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Arab Saudi setakat ini belum mengesahkan berita atau kenyataan dikeluarkan UAE itu.

GCC berdepan krisis yang tidak pernah berlaku sebelum enam bulan lalu apabila Arab Saudi memimpin pakatan UAE, Mesir dan bahrain memutuskan hububgan diplomatik dan mengenakan sekatan ke atas Qatar atas alasan membantu dan menyokong keganasan. Doha, bagaimanapun menolak tuduhan itu.

Wakil enam negara GCC bermesyuarat di Kuwait semalam.

Media tempatan dan antarabangsa melihat pakatan baharu Arab Saudi dan UAE itu boleh mencetuskan ketegangan kepada GCC sebagai sebuah pertubuhan yang kini terancam kerana tindakan kedua-dua negara itu dari segi mengenakan sekatan ke atas Qatar, yang kini sudah masuk bulan keenam.

Sejak Jun lalu, Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain mengenakan sekatan laut, udara dan darat terhadap Qatar atas tuduhan membantu dan menyokong keganasan.

Bagaimanapun, Doha menafikan tuduhan itu dan mendakwa empat negara terbabit cuba campur tangan ke atas kedulatan Qatar. – Agensi

The post Arab Saudi, UAE tubuh pakatan berasingan daripada Majlis Kerjasama Teluk appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian