Baitulmaqdis: Pendirian Malaysia kerana Islam, kemanusiaan

BAGAN DATUK, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pendirian Malaysia menentang pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dibuat atas dasar kemanusiaan bagi mengelak penduduk Palestin terus ditindas rejim Zionis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia juga membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membuat pengiktirafan sedemikian kerana ia berkaitan dengan Islam, yang menganggap Baitulmuqaddis sebagai antara kota suci umatnya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi gesaannya meminta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama supaya bersama-sama kerajaan dalam menentang tindakan Trump itu.

“Isu tersebut bukan isu agama semata-mata, justeru itu, menentang (tindakan Trump) bukan hanya perlu dilakukan umat Islam sebaliknya semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan malam sempena sambutan Hari Krismas anjuran Persatuan Paderi-paderi Kristian Hilir Perak di Hutan Melintang di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid juga menyuarakan kebimbangan Malaysia bahawa tindakan Trump itu mungkin mempunyai kepentingan peribadi.

“Saya bimbang ia adalah agenda peribadinya,” kata beliau sambil mengajak semua lapisan masyarakat negara ini menyokong solidariti terhadap rakyat Palestin.

Sehubungan itu, beliau meminta semua rakyat Malaysia supaya saling menghormati agama masing-masing serta mengelak daripada membuat tafsiran salah tentang sesuatu agama.

“…begitulah, perayaan Krismas jangan disalah tafsir. Kita ada pelbagai perayaan dan agama (seperti) Hindu, Buddha tetapi untuk menghormatinya, perlulah melalui komitmen, bukan sekadar perkataan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Malaysia tetap menentang sebarang bentuk keganasan dan komited membanterasnya daripada menular dalam negara. – Bernama

The post Baitulmaqdis: Pendirian Malaysia kerana Islam, kemanusiaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian