Bukti komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa menerusi undian Baitulmaqdis

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Undi majoriti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel adalah bukti jelas mengenai komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa, kata aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar.

Presiden International Movement for a Just World (JUST) itu menarik perhatian bahawa Baitulmuqaddis di letakan di bawah undang-undang tersebut pada 1947 apabila bumi Palestin yang bersejarah dipisahkan secara tidak adil.

Beliau menegaskan bahawa merampas atau menakluk mana-mana bahagian kota itu dan kemudian mengisytiharkannya sebagai ibu negara bagi negara salah satu pihak yang mempertikai adalah haram.

“Sememangnya Amerika Syarikat yang menganggap dirinya sebagai “demokrasi terbesar di dunia”memahaminya. Begitu juga Israel, yang harus dilihat sebagai satu-satunya demokrasi di Asia Barat’,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sesi tergempar Majlis Keselamatan pada Khamis menyaksikan 128 negara menyokong gesaan PBB supaya Amerika Syarikat menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dengan badan dunia itu mengisytiharjan keputusan tersebut sebagai “tidak sah dan terbatal”.

Dr Chandra berkata, ada pihak yang berharap bahawa keputusan undian Majlis Keselamatan itu akan memaksa Washington DC menarik balik keputusannya berhubung Baitulmuqaddis.

Tetapi, beliau mengingatkan bahawa berdasarkan rekod prestasi Trump mengenai perkembangan berhubung dengan Perjanjian Perubahan Iklim dan UNESCO, tidak mungkin Amerika Syarikat akan menarik balik keputusan tersebut.

Trump sebelumnya mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dan juga menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), agensi PBB yang memberi tumpuan kepada pendidikan, sains dan kebudayaan.

“Apa yang paling diharapkan beliau boleh melakukan ialah melengahkan sedikit cadangan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis,” kata beliau.

Bagaimanapun, Dr Chandra berkata keputusan undian mengenai Baitulmuqaddis adalah kejayaan untuk keadilan global.

Beliau berkata, jika UNGA tidak dapat tampil sebagai suara keadilan global berdasarkan prinsip pada skala lebih luas, ia sebahagiannya disebabkan pelbagai halangan – yang paling besar ialah hubungan Amerika Syarikat-Israel.

Menurut beliau, pelbagai perkembangan di Asia Barat menunjukkan bahawa hubungan Amerika Syarikat-Israel tidak dapat mencapai satu daripada matlamat utama iaitu meningkatkan keselamatan Israel.

“Kejayaan menumpaskan hubungan jahat ini di Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember menguatkan fakta ini. Ia harus memberi semangat kepada kita untuk menguatkan perjuangan demi mewujudkan dunia yang adil,” kata Dr Chandra. -Bernama

The post Bukti komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa menerusi undian Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian