Guatemala ikut AS pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

MEXICO CITY, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Guatemala menjadi negara pertama mengikut Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Presiden Guatemala, Jimmy Morales membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya, selepas berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Antara yang dibincangkan ialah menempatkan kedutaan Guatemala di Baitulmaqdis,” katanya.

Sementara itu, Jordan mengutuk keputusan Morales dan menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Hal Ehwal Media Jordan, Mohammad al Momani berkata, keputusan itu akan memarakkan kekacauan di wilayah berkenaan dan membolehkan rejim Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa

Sambil menyatakan Jordan adalah penjaga Tanah Suci itu, beliau berkata, semua negara sepatutnya menyokong pembentukan dua negara dengan menerima Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Setakat ini, belum ada mana-mana negara yang mempunyai kedutaan di tanah yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis di Baitulmaqdis. – Agensi

The post Guatemala ikut AS pindah kedutaan ke Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian