IMAMS: Tabung Haji lebih layak ambil alih pengurusan lesen umrah

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menegaskan, adalah lebih baik Tabung Haji mengambil alih pengurusan kedua-dua lesen untuk Haji dan Umrah dan tidak melibatkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM).

Kecewa dengan isu Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) baru-baru ini, Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, Tabung Haji sudah memadai dan mempunyai mekanisme yang diperlukan.

“Langkah yang bijak adalah bagi Tabung Haji mengambil alih pengurusan kedua-dua lesen untuk haji dan umrah dan tidak melibatkan KPKM.

“Pendekatan yang terakhir perlu dilakukan adalah hanya untuk menggabungkan perkara-perkara berkaitan umrah ke dalam mekanisme yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismaweb sebelum ini melaporkan syarikat pengendali IMAMS, Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd, mengenakan GST RM7.80 kepada setiap jemaah yang memohon visa umrah dan membeli insurans takaful – RM2.70 untuk visa, dan RM5.10 (insurans).

Bagaimanapun, sistem yang bertujuan untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah di negara ini, dibatalkan pada hari Sabtu, 16 Disember dalam tempoh 24 jam dari pelancarannya.

Ia susulan selepas menerima banyak bantahan daripada pelbagai pihak yang tidak bersetuju dan menyifatkan sistem berkenaan sebagai membebankan bakal jemaah ke Tanah Suci.

Justeru Idris berkata, langkah terbaik menangani isu itu adalah dengan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), tujuannya memasukkan perkara-perkara ibadah umrah ke dalam akta tersebut.

“Kami juga mencadangkan bahawa Tabung Haji mengambil lebih ramai kakitangan, bahawa pekerja mereka mempelajari kemahiran pengurusan dan bahawa mereka memperbaharui sistem mereka jika perlu.

“Mereka mesti melakukan semua yang diperlukan untuk membolehkan Tabung Haji menjadi badan yang mengendalikan hal ehwal umrah. Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk menghapuskan penipuan-penipuan umrah daripada berlaku,” katanya.

The post IMAMS: Tabung Haji lebih layak ambil alih pengurusan lesen umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian