Israel cabar keharmonian Baitulmaqdis

MELAKA, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Israel dan sekutunya mencabar keamanan dan keharmonian di Baitulmaqdis yang didambakan masyarakat dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, hakikatnya masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian dikekalkan di Baitulmaqdis, namun ini dicabar Israel yang memindahkan ibu kotanya ke bandar itu.

“Pertubuhan Bangsa Bersatu telah adakan perhimpunan luar biasa yang mana usul menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel telah diterima 128 negara, masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian beragama.

Namun, negara kecil ini (Israel) mencabar hak orang beragama Islam, beragama Kristian untuk berada di sana (Baitulmaqdis),” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2017 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, malam tadi.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia terutama generasi muda perlu mempertahankan keamanan, keharmonian, kecintaan dan semangat kekitaan yang dikecap sejak sekian lama.

“Keharmonian memang sukar untuk dicapai tetapi keharmonian tetap menjadi tonggak perpaduan rakyat kita, ini uniknya Malaysia dan kita semua harus bersyukur dengan terus pertahankan keamanan dan keharmonian ini,” katanya. -Bernama

The post Israel cabar keharmonian Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian