Israel lancar serangan peluru berpandu ke arah Damsyik

DAMSYIK, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Stesen TV rasmi Syria mengesahkan laporan mengenai Israel melancarkan serangan peluru berpandu di pos kawalan tentera di Damsyik.

Menurut laporan TV itu, sistem pertahanan udara Syria berjaya memusnahkan dua roket sementara yang lainnya terkena pangkalan di ibu kota Damsyik meyebabkan beberapa kerosakan.

Para penduduk Damsyik turut melaporkan mendengar beberapa bunyi letupan kuat yang menggemparkan ibu kota terbabit.
Difahamkan, laporan-laporan dari penduduk turut mengatakan bahawa jet pejuang Israel menggugurkan roket dari dalam ruang udara Lubnan.

Sementara itu, para aktivis pro-pemerintah berkata serangan Israel itu menyasarkan pos kawalan tentera di daerah Kisweh di barat daya Damsyik dan mencetuskan beberapa letupan yang menggegarkan kawasan-kawasan sekitar ibu kota terbabit. – Agensi

The post Israel lancar serangan peluru berpandu ke arah Damsyik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian